Friday, 13 March 2015

Problem-based learning-13/3/2015-SRU6024

1) Buat kumpulan (4 orang)
2) Ahli kumpulan bahagikan tugas (Group setting)









3) Ahli kumpulan bincangkan peraturan kumpulan
4) Berikan permasalahan














5) Menyelesaikan masalah menggunakan 'FILA chart'
       
                     F - Fact
                     I  - Idea
                     L - Learning Issue
                     A - Action plan
















6) Pembentangan dan perbincangan

Sunday, 8 March 2015

SFP6024: Communication Technology and Innovation in Teaching and Learning Physics

1st week reflection:
After looking at the list of assignments, I know that I must work harder since my ICT skill is just an average. I didn't really know what actually to be done but I take it as a challenge. I don't have any idea about e-profile even after I read the hand out given. I have never had a blog before but I will try to create one. I am quite worry about completing Emerging Trends & Technologies in the Virtual K-12 Classroom since it has the datelines.

2nd week reflection:
After watching Module 1 and Module 2 in Emerging Trends & Technologies in the Virtual K-12 Classroom, I get some ideas on doing a virtual class either synchronously or asynchronously. In my opinion, we have to work harder to turn this into reality in our country even though we have already introduced with VLE Frog. Honestly, I am not used to all the social tools that are mentioned except Facebook. But I have started learning to use them. I was just sign up for Google+, but I faced problem with Twitter. I couldn't add the required phone number due to the technical problem and that make me disable to use it. So, I have missed the synchronous activity done on last Friday. I have answered Quiz 1 and Quiz 2 successfully. Now I am working on the peer assessed assignment.
I have just created my blog and I will try to make use to it.

3rd week reflection:
Kuliah hari ini tentang 'Problem-based learning' sangat bermakna kepada saya kerana ia memperbetulkan salah tanggap atau miskonsepsi yang terdapat pada saya terhadap kaedah pelaksanaan 'Problem-based learning' ini. Aktiviti 'hands-on' yang dijalankan sangat membantu saya memahami dengan baik tentang pelaksanaan kaedah pembelajaran ini. Inilah pertama kali saya mendapat pendedahan kepada teknik pembelajaran secara praktikal. Selama ini semua teknik dan kaedah pembelajaran mahupun pengajaran diberikan secara teori. Saya merasa agak kerugian kerana tidak membuat rakaman sepanjang aktiviti 'hands-on' itu berlangsung. Saya berpendapat rakaman video mungkin dapat menjadi bahan bantu yang baik terutama dalam memberikan pendedahan awal kepada pelajar. Saya tidak sabar untuk mempelajari lebih lagi tentang 'Problem-based learning' ini dalam kuliah-kuliah akan datang.

4th week reflection:
Dalam kuliah pada hari ini saya mempelajari tentang cara membuat senario masalah (problem scenario). Saya sukakan aktiviti 'hands-on' tetapi saya rasa ia masih tidak cukup untuk membantu saya memahami atau menguasai kaedah merekabentuk senario masalah dengan baik. Ianya agak sukar dan saya rasa ia memerlukan masa yang lama untuk saya menjadi lebih cekap. Ianya agak sukar untuk membina suatu masalah yang dapat menarik perhatian pelajar, dan dalam masa yang sama memenuhi hasil pembelajaran yang dikehendaki. Saya perlu cuba menghasilkan beberapa senario masalah dengan merujuk kepada contoh-contoh sedia ada di internet sebagai langkah untuk menguasainya. Diharapkan saya dapat memurnikan senario masalah ini menjadi lebih baik di kemudian hari.

5th week reflection:
Kuliah pada hari ini adalah tentang 'Thinking-based learning'. Ini amat menarik kerana saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan langsung tentangnya. Sekali lagi teknik belajar secara aktiviti 'hands-on' yang digunakan oleh pensyarah amat berkesan kepada saya. Ini dibantu juga dengan adanya peralatan pembelajaran (learning tools) berbentuk borang untuk diisi. Saya memahami konsep kaedah pembelajaran ini namun merasakan agak sukar untuk diaplikasikan buat masa sekarang walaupun tidak mustahil. Saya lebih yakin untuk cuba melaksanakan pembelajaran berasaskan masalah (problem-based learning) berbanding kaedah ini.

Terdapat suatu perkara yang menarik berlaku kepada saya apabila menyemak keputusan bagi 'peer-assessed assignment di dalam kursus atas talian Coursera. Saya merasakan rancangan pelajaran yang ditulis agak kurang mantap dan terdapat beberapa kelemahan serta tidak memenuhi kriteria bagi mendapatkan markah penuh. Namun begitu, markah yang saya perolehi adalah 20 iaitu markah penuh. Walaupun dengan beberapa ulasan yang diberikan, rakan-rakan yang menaksir rancangan pelajaran saya tetap memberikan markah penuh. Saya dapat merasakan bagaimana keadaan ini memberikan suatu motivasi dan perasaan yang amat baik buat saya. Ini agak berlainan dengan prinsip yang saya amalkan selama ini. Mungkin disebabkan selalu terlibat sebagai hakim pertandingan, saya menjadi agak tegas dalam menaksir. Apabila melihat semula markah yang saya berikan kepada tugasan rakan-rakan lain (sekitar 16 - 20), saya rasa yang saya terlepas pandang tentang aspek motivasi ketika menaksir. Saya pasti di masa akan datang, saya tidak melupakan aspek ini dalam menaksir dan menilai.

6th week reflection:
Kami sepatutnya perlu membuat pembentangan tentang rancangan pelajaran yang telah disediakan untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Namun keadaan tidak mengizinkan pensyarah untuk hadir bersama. Kami teruskan pembentangan tanpa kehadiran pensyarah dan uruskan dalam tempoh kelas yangsepatutnya. Saya agak gembira kerana semua rakan memberikan kerjasama yang sangat baik sesuai dengan status pelajar sarjana. Saya memutuskan untuk membuat rakaman bagi setiap pembentangan agar dapat dinilai oleh pensyarah tetapi ruang yang agak terhad untuk menghasilkan video yang boleh dimuat naik ke kumpulan Whatsapp menyebabkan kualiti video agak rendah. Apa yang saya dapati sepanjang pembentangan, rakan-rakan termasuk saya sendiri kurang mengajukan soalan yang berkualiti, yang mungkin dapat membantu menambah baik rancangan pelajaran rakan pembentang. Mungkin terdapat perasaan serba salah ketika mengajukan soalan dan bimbang akan merendahkan usaha yang telah dibuat oleh rakan. Saya rasa guru-guru di Malaysia sudah patut bersikap lebih terbuka dalam memberi dan menerima pandangan.

7th week reflection:
Saya mengambil kesempatan dalam kelas secara maya ini untuk meneroka tentang peralatan web 2.0. Di peringkat awal saya tidak mempunyai idea langsung tentang peralatan web 2.0 ini walaupun saya cuba mencarinya di internet sehinggalah mencari maksudnya di Wikipedia. Saya dapati terlalu banyak perisian yang boleh diteroka. Saya merasakan mengikuti kursus ini memaksa saya menjadi lebih celik Teknologi Maklumat dan komputer. Saya tidak pernah terlintas untuk meneroka atau mengambil tahu tentang semua perisian ini jika tidak berada dalam kursus ini. Ini suatu yang sangat bagus bagi perkembangan diri dan profesion keguruan saya. Saya amat berharap agar dapat menguasai beberapa daripada perisian ini dan dapat berkonsi denganrakan-rakan guru yang lain kelak.

8th week reflection:
Saya tidak dapat menghadiri kuliah kerana kurang sihat. Namun begitu saya dimaklumkan rakan sekuliah bahawa mereka mempelajari cara menggunakan perisian Mikogo. Saya berasa kesal kerana tidak berada dalam kuliah tersebut. Saya merasa terkebelakang apabila mengetahui rakan-rakan lain mampu menggunakannya dengan baik. Saya harap tiada lagi kelas yang saya terpaksa lepaskan. Namun begitu saya menggunakan peluang ini untuk meneroka dan mempelajari beberapa perisian web 2.0 bagi tujuan memilih satu perisian untuk dibentangkan pada minggu berikutnya. Saya memutuskan untuk memilih perisian berasaskan peta minda kerana merasakan ianya sangat signifikan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa perisian seperti Mindomo, Bubbl-us, Freemind, Mindmeister dan banayak lagi. Saya memilih Mindomo kerana ianya boleh diperolehi secara percuma. Walau bagaimana pun penggunaannya agak terhad bagi versi percuma ini.

9th week reflection:
Minggu ini semua pelajar membuat pembentangan tentang peralatan Web 2.0 yang mereka telah terokai. Saya dapati kaedah ini saya praktikal kerana saya tidak berpeluang untuk meneroka sebanyak ini perisian web 2.0. Namun melalui pembentangan ini saya dapat belajar cara menggunakan 5 lagi perisian dalam masa yang singkat. Cara penyampaian rakan-rakan juga ringkas dan padat menjurus kepada cara untuk menggunakannya. Walaupun terdapat satu atau dua perisian yang agak sukar diikuti tetapi sekurang-kurangnya saya mendapat idea untuk saya menerokainya sendiri selepas ini. Apabila saya berada dalam posisi seorang pelajar, saya dapat merasai kepentingan dan kebaikan berkongsi maklumat dan ilmu melalui kaedah pembentangan ini. Saya akan juga mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran saya kelak dengan cara yang lebih berkesan berbanding apa yang pernah saya lakukan sebelum ini.

10th & 11th week reflection:
Kelas dijalankan secara maya. Saya menggunakan kesempatan ini untuk menambah baik tugasan inovasi dalam pengajaran dan pengajaran yang saya lakukan di SMK (P) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Sewaktu kali pertama saya jalankan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Pembelajaran berasaskan masalah (Problem-based learning - PBL), saya dapati bahawa senario masalah yang saya bentuk tidak mencapai hasil pembelajaran yang sepatutnya. Ini adalah kerana semasa mencari maklumat di internet, murid-murid berjaya mendapatkan cara menyelesaikan masalah tanpa perlu mengetahui dan memahami konsep tenaga dan kuasa. Menyedari akan kesilapan tersebut, saya cuba atasi dengan mereka bentuk senario masalah yang lain. Saya harap senario masalah yang baharu ini lebih baik dan akan mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki.

12th week reflection:
Untuk kuliah minggu ini saya telah bersedia dengan mencari dan mendapatkan maklumat tentang 'blended learning'. Saya tidak menghadapi banyak masalah untuk memahami kaedah ini kerana pernah sedikit sebanyak disentuh oleh pensyarah dalam kuliah di awal semester. Namun begitu saya dapati ianya tidak begitu mudah untuk dipraktikkan mungkin kerana belum menjadi kebiasaan dalam amalan saya. Saya juga mempunyai anggapan bahawa murid-murid mempunyai capaian yang terhad kepada internet sama ada dari segi masa kerana mereka menghadiri kelas-kelas tuisyen selepas waktu sekolah, dari segi gadget seperti ketiadaan komputer peribadi atau laptop sendiri, dan juga dari segi kebenaran serta persepsi ibu bapa. Walau bagaimana pun saya memahami idea mengenai 'blended learning' ini dan akan cuba menyediakan beberapa modul dengan topik-topik yang sesuai untuk diuji dan diamalkan kelak.

13th week reflection:
Pada awalnya saya seperti tiada idea tentang apakah itu 'data logger'. Namun ketika memasuki makmal dan melihat radas yang disediakan, saya merasakan kuliah minggu ini adalah berkenaan penggunaan perisian yang dapat merekod dan menganalisa data seperti mana yang saya pelajari dalam satu kursus yang lain. Saya menjadi sangat teruja kerana berpeluang menambah ilmu dan juga mengetahui beberapa lagi perisian yang boleh digunakan secara praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran saya kelak. Oleh kerana asasnya adalah sama dengan apa yang saya telah pelajari, maka agak mudah untuk saya memahami pengisian kuliah pada minggu ini. Cara penggunaan perisian yang dikongsi juga tidak terlalu sukar. Saya pasti menggunakannya apabila kembali ke sekolah kelak. Saya berhajat untuk berkongsi segala ilmu ini dengan rakan guru yang lain supaya budaya dan corak pengajaran dan pembelajaran dapat dijadikan lebih menarik dan praktikal. Saya telah memulakanlangkah kecil apabila menawarkan bengkel penggunaan perisian TRACKER dan SCREENCAST-O-MATIC kepada guru-guru di SMK (P) Jalan Ipoh dan di SMAP Labu, Negeri Sembilan. Saya amat mengharapkan agar mereka akan memberikan respons yang positif.

14th week reflection:
Kelas maya untuk membuat pentaksiran kepada tugasan rakan-rakan. Sebenarnya saya cukup bimbang untuk membuat pentaksiran ini kerana saya agak kerap ditugaskan sebagai hakim pertandingan-pertandingan di peringkat negeri (Kuala Lumpur). Ini menjadikan saya seorang yang sangat tegar dalam pemberian markah terutama apabila terdapatnya rubrik. Walaupun pensyarah telah mengingatkan bahawa pentaksiran ini ialah 'assessment of learning', tetapi hati saya tetap ada perasan 'ingin menolong'. Saya merasa amat terkesan dengan pentaksiran yang dilakukan dalam kursus MOOC yang pernah diikuti sebelum ini. Saya menganggarkan markah yang sederhana bagi tugasan saya sendiri, namun markah dan ulasan baik yang diberikan oleh rakan sekursus yang lain memberikan motivasi yang tinggi kepada saya untuk terus mengikuti kursus-kursus yang lain atau dengan lain perkataan untuk terus mencari ilmu. Saya amat berharap markah yang saya berikan kepada rakan-rakan akan memberikan mereka motivasi untuk meneruskan apa yang telah dipelajari dalam kursus ini di sekolah kelak.

Reflection on the course:
Ketika mendaftar kursus saya sebenarnya mempunyai gambaran yang agak berlainan tentang kursus ini mungkin kerana saya terlalu fokus kepada 'INOVASI' pada tajuk kursus ini. Saya terlepas pandang akan 'COMMUNICATION TECHNOLOGY'.

Apabila membaca RI kursus ini dan melihat adanya 'Blog', 'e-profile', 'web 2.0', 'MOOC' dalam silibus kursus ini, saya berkata kepada diri saya "habislah....". Saya bukan buta IT tetapi saya tidak terlalu mahir dalam IT. Bahkan saya tidak pernah mempunyai laman blog sendiri. Saya cuba mencari beberapa maklumat tentang perkara yang terdapat di dalam silibus tersebut. Lebih menakutkan kerana saya tidak memahami mungkin kerana saya kurang fasih berbahasa Inggeris.

Pada kuliah yang pertama, pensyarah meminta para pelajar untuk mendaftar dalam satu kursus MOOC melalui COUSERA. Pembelajaran yang dijalankan secara 'hands on' banyak membantu saya mengikuti kursus ini dengan baik. Begitu juga dengan kerjasama serta bantuan daripada rakan-rakan sekuliah. Mereka sangat membantu. Apabila saya mengikuti kursus MOOC ini, baru saya sedar bahawa pada zaman ini ilmu adalah lebih mudah untuk diperolehi, bahkan secara percuma. Kursus ini juga menarik. Ia banyak dedahkan tentang pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Ia membuatkan saya sedar bahawa terdapat banyak lagi ruang dalam diri saya tentang ilmu menyampaikan pelajaran yang perlu saya isi. Walaupun saya tidak dapat mengikuti atau memahami sepenuhnya kandungan kursus ini tetapi ia memberikan saya input dan idea baru untuk saya bawa ke sekolah kelak.

Ketika melihat adanya tajuk PBL di dalam silibus, saya pada mulanya menganggap ianya adalah kelas teori seperti yang saya ikuti sebelum ini. Namun tanggapan saya jauh meleset. Sekali lagi pendekatan 'hands on' banyak membantu saya memahami cara mengendalikan PBL. Kami mengalami sendiri proses belajar melalui kaedah PBL ini sebagai 'murid'. Ini banyak membantu kerana kami dapat rasai sendiri kelebihan dan kekurangannya. Saya bercadang untuk merancang dan mereka modul pembelajaran PBL ini bagi tajuk-tajuk tertentu yang dapat dijalankan dalam tempoh 1 jam supaya ia menjadi lebih proktikal untuk diamalkan di sekolah. Saya harap ia menjadi kenyataan kelak. Cuma saya agak kecewa apabila niat saya untuk berkongsi ilmu ini ketika menjalankan 'macroteaching' di sekolah tempoh hari tidak kesampaian. Tiada guru yang sudi untuk sekurang-kurangnya melihat bagaimana saya mengendalikan PBL ini. Saya juga berharap agar guru-guru di Malaysia akan lebih terbuka dalam berkongsi ilmu pendidikan seperti ini. Tugasan menjalankan pengajaran di sekolah memberi saya lebih peluang untuk mendalami PBL terutama dalam mereka bentuk (crafting) senario masalah.

Dalam kurusus ini saya mendapat bonus apabila pensyarah juga berkongsi ilmu tentang 'Thinking-based Learning' dan 'Blended Learning'. Ia amat menarik tetapi secara jujurnya saya kurang menumpukan minat saya terhadap kedua-duanya. Mungkin kerana saya sangat teruja apabila dapat memahami pelaksanaan PBL. Memang saya lebih fokus kepada PBL. Saya harap saya dapat menguasai PBL ini dalam tempoh yang terdekat. Namun begitu saya tetap memasang impian untuk juga mengamalkan kedua-dua kaedah tersebut dalam Pengajaran dan Pembelajaran saya.

Peluang menerokai perisian-perisian web 2.0 terutama yang boleh didapati secara percuma amat bermakna kepada saya kerana ia membuka minda saya terhadap lebih sumber yang tersedia ada. Amat rugi rasanya jika saya tidak mengambil peluang ini. Apabila rakan-rakan berkongsi pengalaman mereka dalam menggunakan perisian web 2.0 ini, saya rasakan saya bakal menjadi guru yang lebih hebat selepas ini. Saya mesti gunakan perisian-perisian ini. Sehingga kini saya masih menggunakan perisian Jing dan saya sempat berkongsinya bersama dua orang guru di sekolah lama saya. Kelihatan mereka sangat teruja kerana aplikasinya sangat mudah.

Tugasan merakam dan mengedit video pengajaran dan pembelajaran sepatutnya dapat memberikan saya kredit yang lebih kerana saya agak baik dalam kemahiran ini. Namun masalah laptop menghadkan keupayaan saya menghasilkan video yang lebih baik. Namun begitu saya akan gunakan pengalaman ini untuk menjayakan cadangan saya kepada pihak sekolah sejak lama dahulu iaitu untuk membuat koleksi video kaedah PdP.

Kuliah data logger mendedahkan kepada saya beberapa perisian lain yang boleh digunakan di sekolah selain perisian yang telah saya perolehi dalam kursus yang lain iaitu Tracker dan Visual Analyzer. Dalam kelas ini kami didedahkan kepada perisian Scope (Sound card oscilloscope) dan Data Studio. Oleh kerana saya telah mempelajari tentang perkara yang sama dalam kursus Experimental Physics, maka saya tidak mempunyai masalah yang besar untuk memahami cara menggunakan perisian ini.

Secara keseluruhan saya amat gembira kerana membuat keputusan mengikuti kursus ini. Ia sangat praktikal dan membantu saya meningkatkan mutu profesional keguruan kelak.

Alhamdulillah.