Wednesday, 1 April 2015

Teaching philosophy

Saya percaya setiap manusia yang dijadikan Allah adalah pintar dan cerdas. Namun kepintaran dan kecerdasan mereka mungkin berbeza. Begitulah juga pelajar-pelajar saya. Ada di antara pelajar-pelajar ini yang dikurniakan kepintaran dalam aspek kognitif yang membolehkan mereka menghafal dan membuat hubungkait dengan mudah berbanding pelajar lain. Namun terdapat juga di antara pelajar ini yang dikurniakan kepintaran dalam linguistik, muzik, psikomotor, interpersonal, intrapersonal dan sebagainya.

Pengajaran bagi saya adalah suatu usaha untuk mengenal pasti dan menggilap kepintaran dan kecerdasan setiap pelajar agar mereka dapat menggunakan kelebihan mereka ini untuk menjadi manusia yang lebih baik kepada diri, masyarakat dan dunia.